Pensil dan Pemadam

Renung-renungkan:





Pensel : Saya minta maaf.

...
Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untnk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.

# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...

# Jagalah ibubapa anda dan balaslah jasa mereka degan kebaikan...

#begitulah juga dengan sahabat.
 

Entri Mencari Kenalan Baru.

          ANDA KESUNYIAN DAN INGIN MENCARI TEMAN?
 
BORING..BORING
KALAU ADA KAWAN KAN BEST
BOLEH AJAK SEMBANG2
BOLEH GI LEPAKING2
SO SIAPA SIAPA NAK CARI KENALAN
JANGAN MALU MALU PROMOTE
DIRI KORANG KAT RUANG COMMENT K.

CONTOH :

 
Hyep saya Bella a.k.a Chillue Charlie ,umur 17,agak peramah,cool dan ingin mencari kenalan baru ,kalau siapa2 sudi berkenalan email2 lah saya di chillue.charlie99@rocketmail.com. sekian.

 
says:Hihi actually caye nk tmbahkan kenalan. Dah ocan engan kenalan di facebuk dan tweeter. Nak pulak ace kenalan baru kat blogger ni ann2. Kalau awak cudi awak commentlah erh2. :')
 
 
 
Jalan manakah yang anda pilih?

Antara dua jalan?

Mana satu yang mendatangkan kebaikan yang banyak?

Mana satu yang mendatangkan kemudaratan yang banyak?

Jalan mana anda pilih :

1. Jalan kanan : Apabila anda dan sahabat anda lalui, anda akan menerima kecelakaan yang besar. Tapi oleh kerana anda mempunyai kemahiran yang tinggi, anda tidak terkorban, tapi sahabat anda yang banyak terkorban dan perjuangan yang didukung sangat tipis untuk diteruskan.


2. Jalan kiri : Apabila anda dan sahabat anda lalui, anda terkorban. Tapi sahabat anda tidak terkorban kerana mereka mempunyai kemahiran yang tinggi untuk melalui jalan ini dan peluang untuk meneruskan perjuangan lebih besar.

Manakah jalan yang anda pilih?

Kenapa Kawan Baik Bukan Kekasih?

Kadangkala kita akan terfikir sesuatu.
Mengapa kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita?
Mengapa kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita?
Mengapa kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya?
Mengapa kita tidak pernah melihat dia lebih daripada sekadar kawan biasa?

Kadangkala kita terfikir bila suatu benda terjadi.
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita sayangi?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita cintai?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita kasihi?
Mengapa bukan kawan baik itu, sedangkan dia lebih memahami?

Dan itu semua hanya akan tinggal sebagai persoalan yang tiada jawapan paling kukuh kerana kita akan sering tertanya-tanya benda yang sama setiap kali kita menghadap jalan buntu dalam perhubungan sedia ada. Setiap kali kita lihat hubungan cinta kita terumbang ambing tanpa paksi yang kukuh yang dibina, kita akan berpatah balik pada persahabatan yang setia. Kita melihat bahawa hubungan persahabatan itu lebih kukuh berbanding percintaan, walaupun kita sering terlupa, percintaan kita bermula dengan hubungan persahabatan, cuma si dia itu yang mungkin ditakdirkan untuk bersama kita, dan bukan kawan baik yang setia.


[Sumber gambar]

Kawan baik akan kekal kawan baik.
Itu sahaja yang awak perlu ingat.
Kawan.
:)

Tatkala Merinduimu ✿~

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi... ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
_____________________________________________
sEkadar uNtuk meNc0ret-carEt di rUang hati kEhidUpanku..kamsaHamnida
_____________________________________________