Awak, Awak Rindu Saya Tak?

Pergh. Pergh. Pergh.
Zaman bercinta ni, rindu dia lain macam.
Lagi pulak ber-boyfriendkan lelaki yang bermulut manis.
Nasib baik aku selalu busy, kalau tak dah masuk Tanjung Rambutan dah aku asyik teringat ke dia je.

Yang si Izzham ni suka berperangai puaka jugak.

Bila aku rindu kat dia gegila, time tu la dia buzy keje, ada itu la, ada ini la.


Pastu aku dah tak rindu - eh kurang rindu dia pulak menyendeng-nyendeng kat aku kata dia rindu.


Time aku busy takkan dilayan la.


Sorry, girlfriend awak ni workaholic dia lain macam sikit.


Bila kita rindu pada seseorang, rasa nak luah. Saya rindukan awak. Kadang-kadang dekat bestie, kadang-kadang di twitter, SANGAT kadang-kadang Facebook.


Kadang-kadang cukuplah sehelai kertas dan mata pena.


Baby, I miss you.

Ok. Lepas tu mesti ada rasa nak tanya sesuatu - ngada-ngada pesen orang bercinta la kan?


Baby rindu bie tak?


Adoiyai. Actually soalan ni superfail macam soalan "Awak Dah Makan?"


Dan secara jujurnya, (sebelum aku berhujah pasal ape aku tak suka), aku pun buat gak kengkadang. Manjalah - kononnye. Padahal mengade-ngade.


Well put it this way.


Kau jangan nak kelentonglah kau rindu dia 7/2.


Of course time tidur dia dah terlepas dari fikiran dan kerinduan kau.


Sesetengah masa kau bergelak ketawa (walaupun mungkin bukan setiap masa) dengan kawan-kawan, mesti ada masa kau 'terlupa' tentang dia.


Kepala otak kau ada banyak benda nak pikir - keje sekolah, makan, buzy bagai - kau tension dengan duit - ada ke time tu kau nak semakkan fikiran pasal dia?


Eh, kasar sangat bahasa tu - ada ke masa nak rindu dia?


Kalau kau masih belajar, eh, exam dah dekat, homework tak siap lagi. Mak aih! Tak sempat!


Dengan tmbahan lagi. Pn Rahmah tu dah la suare dia sakit bila dengar.Yada yada yada :P


Banyak sangat masa kau nak rindukan dia?


Melainkan - kerja kau duduk melangut tanpa ada apa-apa keperluan untuk meneruskan kehidupan secara normal (makan-tidur-makan-tidur itu hidup tak normal okey) - maka kau berhak kata kau rindu dia setiap masa.



Ok, aku dalam kategori 1. Kahkahkah.


Kategori Wanita  Yang Sibuk- Bakal Suri Rumah Tangga Derhaka Sebab Tulis Entri Kutuk Boyfriend Sendiri.Muahahah :D (tade niat ponnn)


Setakat ni faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni?
Hahaha.

Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah : aku tak de lah rindu si Izzham ni setiap masa. Tapi rindu tu datang juga kalau fikiran aku tak semak pasal kerja dan ape jadah lagi sebab roh aku ditiupkan dalam jasad aku ni.



Jadi, apa bila dia tanya :

Baby, I miss you so much. :( (Emoticon itu wajib demi menyampaikan maksud mendalam)


Baby rindu bie tak?


Dan saat itu aku tengah busy basuh kain (contoh). Kang aku cakap rindu, dah tipu.


(Padahal kebiasaannya jawab : RINDU jgak!)


Kang aku jujur sangat kang, tacingg plak die.


Kan kite sayang kat die.


Tacing kang, kite juge yang susah.


So rasa-rasa apa perlu dibuat?
Takkan nak marah die rindu kite, ye dak?
Kite pun rindu juge kat die.


Tapi bila tanya soalan gitu ; pada akulah , jawapan tu jadi cam kurang ikhlas. Hihihi.
Tak de lah sampai jawab terpaksa tapi err-- hampir jugalah. Hehehe.
Sebab aku kalau aku rindu pada dia, aku suke guraw dgan dea, tak punn cari phatian die. Hahaha.
Dan aku akan cakap.
Huahuahua.
Macam sekarang, aku RINDU pada dia.


Kesimpulannya: Kepada awak yang dengan rela hati memenjarakan diri awak dalam hati saya, janganlah tanya saya selalu sangat saya rindu ke awak ke tidak. Saya rindu awak. Tapi kalau nak kata tiap masa tu tidaklah kan, sebab saya kan selalu buzy yang kengkadang tuh buzy tidurrr >.<Tak perlu tanyalah kan, awak tahu kan siapa di hati saya?
Hik hik!
#gelakgayaEllydanEz.


Eh, gotta go! Saya mahu keluar , (baca : bestie ) tyra aumm.
Bye peeps!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
_____________________________________________
sEkadar uNtuk meNc0ret-carEt di rUang hati kEhidUpanku..kamsaHamnida
_____________________________________________